Terdapat 8 jenis pendahuluan karangan:
1. Bentuk isu semasa
2. Bentuk berita
3. Bentuk statistik
4. Bentuk cerita
5. Bentuk peribahasa
6. Bentu definisi
7. Bentuk persoalan
8. Bentuk sejarah
PENDAHULUAN JENIS ISU SEMASA
Ayat 1 - Isu semasa yang relevan dengan kehendak soalan.
Ayat 2 - Ulasan isu yang dijadikan perkara pokok dalam pendahuluan.
Ayat 3 - Ulasan isu dan kaitannya dengan peristiwa masa kini.
Ayat 4 - Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan.
Sejak akhir-akhir ini, kita sering didedahkan dengan pelbagai berita salah laku dalam kalangan remaja. Kebanyakan kes yang dilaporkan membabitkan kes jenayah seperti memukul, memeras ugut, buli, merosakan harta benda memeras ugut, buli, merosakkan sekolah, membunuh dan sebagainya. Pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti ibu bapa, pihak sekolah, pihak berkuasa perlu berganding bahu untuk menangani masalah ini sebelum menjadi lebih kronik.
PENDAHULUAN JENIS BERITA
Dua remaja ditahan, lima remaja dibuang sekolah. Itulah antara tajuk berita yang disiarkan di media tempatan yang berkait rapat dengan kes salah laku dalam kalangan remaja sejak kebelakangan ini.
PENDAHULUAN JENIS STATISTIK
PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
“Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara”. Itulah peribahasa yang paling sesuai dengan golongan remaja pada hari ini. Namun harapan tersebut berkecai ekoran sikap remaja hari ini yang terjebak dalam kancah salah laku.
PENDAHULUAN JENIS DEFINISI
Salah laku boleh ditakrifkan sebagai perbuatan yang menyalahi undang-undang sama ada undang-undang negara antara sesuatu organisasi. Terdapat beberapa jenis salah laku yang dilakukan oleh remaja masa kini antaranya ialah…
PENDAHULUAN JENIS PERSOALAN
Apa itu salah laku? Kenapakah remaja sering dikaitkan dengan gejala ini? Siapakah yang harus dipersalahkan?
PENDAHULUAN JENIS SEJARAH
Perbuatan salah laku bukanlah perkara baru yang berlaku di Malaysia cuma kurang diberi perhatian oleh pihak tertentu. Namun, sejak kebelakangan ini media cetak atau media elektronik telah menyiarkan kegiatan salah laku dalam kalangan remaja sangat membimbangkan semua pihak.